Masyarakat Arab Jahiliah

June 20th, 2009 by p4cmhlim.ppc@smjk.edu.my

Masyarakat Arab Jahiliah

*Perkataan jahiliah berasal daripada perkataan Arab,jahala yang bermaksud jahil dan         tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan.

*Istilah ini digunakan oleh Islam untuk menggambarkan perubahan yang dibawa oleh Islam dalam corak kehidupan dan pemikiran masyarakat.

*Masyarakat Jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab.

*Tempoh zaman ini ialah selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak sehingga turunnya wahyu Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w,iaitu lebih kurang 310 tahun(dari 300M hingga 610M)
-Keruntuhan Empangan Maarib disebabkan oleh banjir besar dan kelalaian pemimpin Sabak untuk membaikinya semula.
-wahyu merupkan ajaran yang disampaikan oleh Allah kepada nabi dan rasul melalui malaikat Jabril.
-Nabi merupakan orang lelaki yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu daripada-Nya untuk dirinya sendiri.
-Rasul merupakan orang lelaki yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu daripada-Nya untuk dirinya sendiri dan juga untuk disampaikan kepada orang ramai.
-s.a.w bermaksud Allah merahmati Nabi Muhammad.

*Masyarakat arab ini digelar masyarakat Jahiliah kerana mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran nabi dan rasul.

*Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan kerana masyarakat ini tidak menyembah Allah Yang Maha Esa malah kebanyakan mereka menyembah berhala dan mempercayai animisme.

*kehidupan mereka kucar-kacir kerana pada masa itu tiada nabi atau rasul dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalam kehidupan.

Posted in Uncategorized |

Leave a Comment

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.